Monday, 4 February 2013

cara pengambilan herbalife dengan betul

pengambilan produk dgn btol : share by cyberlim center

Pagi: Shake Herbalife (250ml Air Soya + 250ml Air Kosong + 2 sudu mengunung Formula 1 + 2 Sudu mengunung Formula 3). Saya Blender ke semua bahan ni dan minum perlahan-lahan. Ini SAHAJAlah sarapan saya.

10 pagi: Saya minum tea mix. (250ml air suam + setengah sudu teh Tea Mix – Perasa Lemon & Hibiscus)

12 tengahari: Saya makan nasi. Kuantitinya sama macam saya makan masa saya gemuk dulu. Saya pastikan ada ayam atau ikan atau tempe dan tak boleh tak ada sayur. Ikan, ayam, tempe dan sayur nilah yang bagi kita banyak protein.

Protein bagi perut kita kenyang lama. Dan protein perlu untuk bina otot. Otot Banyak = Metabolisma tinggi = Banyak lemak dibakar = Cepat kurus!

3 petang: Tea Mix secawan lagi. Kadang-kadang saya makan pisang atau epal merah sebab lapar. Ini berlaku kerana makan tengahari tadi tak cukup protein, jadi kita lapar cepat. Kalau lapar sangat, saya minum shake sekali lagi.

6 petang: Tea Mix secawan lagi.

8 malam: Saya minum shake seperti saya minum masa sarapan tadi. Cuma malam, saya cuba buat kreatif sikit, saya biasanya blender dengan pisang, epal, nenas, mangga, oat, kismis, nestum original untuk mempelbagaikan rasanya.

PERKARA PENTING (TAKE NOTE )

Minum Air Kosong Secukupnya
Dalam produk Herbalife ni, ada fiber dan herba yang akan menyerap atau mengunakan air yang ada dalam badan kita.Saya akan rasa kekeringan selepas 5 minit minum shake. Jadi saya akan minum air kosong sedikit demi sedikit terutama sekali selepas minum shake.

Berapa liter air yang cukup? 

Setiap individu mempunyai keperluan air yang berbeza. Untuk panduan, bahagikan berat badan anda sekarang dengan 25. Hasilnya adalah LITER air yang anda perlu minum.
*Contoh, berat 50kg dibahagi 25. Jadi perlulah minum 2 liter air.
Tetapi ingat kesederhanaan, janganlah pula kita minum air sehingga 6-7 liter sehari. Ini dikira menyeksa.
Mengikut pengalaman saya, individu yang mengunakan produk Herbalife untuk turunkan berat badan, mengalami penurunan berat yang agak lambat jika mereka minum air dalam kuantiti yang sedikit.
Disebabkan oleh kekeringan, individu ini akan merasa pening, loya dan mungkin akan menyebabkan sembelit.
*Produk tidak akan menyebabkan individu ini merasai kesan di atas, tetapi disebabkan kekeringan ini tadi, kesan di atas akan dirasai.

Dengan panduan dan cara pengambilan yang betul, SEMUA orang akan pasti berjaya!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tinggalkan link korang nti aku pg kt blog korang