ni kisah berlaku time ak sem 3 and ak dh share cerita ni dkt KC #misterijam12 ...
Assalamualaikum KC . saya nazuwa , yang nerupakan seorang student . dan saya tinggal di kawasan Taman Cahaya Masai , johor iaitu berhampiran dgn tempat saya belajar . sudah sedia maklum student grafik memang selalu tidur lambat sebab nak menyiapkan tugasan. kejadian ni berlaku ketika saya semester 3.
nak dipendekkan cerita la KC .masa kejadian ni berlaku semasa kami berada di rumah sewa kami. masa tu saya dengan kawan saya Ain dan Wani bertungkus lumus nk menyiapkan tugasan final kami . ye lah masa tu dh hampir pukul 3 pagi . housemate saya yang lain ada yang tidur jadi tinggal kami bertiga sahaja di tingkat bawah . sedang kami leka buat tugasan tu, tiba2 saya terhidu sesuatu yang berbau busuk . Macam bau bangkai. dalam hati saya, kemungkinan itu bau bangakai tikus, jadi saya senyap saja la. Selang beberapa minit kemudian saya terdengar bunyi suara seseorang perempuan sedang bersenandung , seperti mendodoikan seorang bayi. meremang bulu roma saya KC , saya ingat kawan saya Si Ain ni yang bersenandung , jadi saya malas nak tanya dia , saya pun teruskan lah buat tugasan , tapi saya tak puas hati . sama ada betul atau tidak apa yang saya dengar tu . saya tanya Ain . ‘’ Eh Ain . kau ada dengar tak bunyi sesuatu ? ’’ Ain jawab . “sebenarnya... aku pun nk tanya kau pasal ni ‘’ Terus kami berdua terdiam seketika . mungkin ia benar . kalau salah tak mungkin kami berdua boleh dengar benda yang sama. Untuk pastikan, saya bertanya kepada Wani yang sedang leka menyiapkan tugasan ‘’eh Wani . kau dengar tak apa yang kitaorang dengar tadi ?‘’ Wani menjawab, dia tidak mendengar apa-apa pun. Kami bersepakat untuk memasang surah Yasin sehingga la kami menyiapkan tugasan tersebut sehingga jam 6.00 pagi. Pada keesokkan harinya, Ain menceritakan bahawa masa dia tengah kusyuk menyiapkan tugasan, tiba-tiba dia terdengar suara bersenandung datang dari arah dapur. Suaranya sayup-sayup kedengaran di telinga. Meremang juga bulu roma bila terdengar pada awalnya. Difikirkan oleh Ain, mungkin teman serumah tengah melayan movie seram. Tapi bila difikirkan balik, semua tengah tidur dan tinggal hanya kami bertiga sahaja ketika itu. Jadi, Ain berfikir mungkin dia tersalah dengar sehinggalah saya menegurnya. ...
No comments:
Post a Comment